Sabtu, 6 Ogos 2011

pakej inai

Inai Perkahwinan

Untuk majlis AKAD NIKAH atau untuk PERSANDINGAN, saya amat menyukai inai dipasang diwaktu majlis pernikahan kerana, di majlis tersebut banyak bertumpu di bahagian tangan seperti membatalkan air sembahyang dan juga menyarungkan cincin.
Lukisan inai memang cantik dan boleh dilakukan pada atas tangan, tapak tangan, jari, kuku dan kaki. Terdapat pelbagai corak pilihan , sama ada berbentuk bunga, daun dan sebagainya. Saya mengambil contoh motif batik sebagai lukisan inai.

::Khidmat Pakej Inai Pengantin.
-Pakej ini sudah termasuk inai bagi sepasang tangan dan kuku.
-terdapat pilihan untuk dilukis, bahagian atas tangan dan bahagian atas kaki hingga kehujung jari.
:: Khidmat Fun henna.
- corak lukisan inai di lukis dibahagian atas atau tapak tangan (pilihan**).
- caj hanya untuk sebelah bahagian tangan sahaja.

Kebanyakan pekej pengantin memerlukan corak-corak yang agak teliti untuk dilangkarkan, dan saya amat menitik beratkan kualiti lukisan inai.
::PERKHIDMATAN MEMASANG INAI.
-Untuk pakej dan fun henna tidak ada masa-masa yg ditetapkan.
- Ini terpulang pelanggan menyesuaikan masa pada acara-acara yang disambut.
-kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana.
**Pelanggan yang menginginkan 'tambahan' extra persons dalam fun henna sila nyatakan jumlah nya. Syarat: 3 orang(sepasang tangan) @ 5 orang (sebelah tangan)
**Disediakan perkhidmatan rumah ke rumah. sekitar daerah ajil-jerangau, daerah kuala berang,wakaf tapai- bukit payung, kuala terengganu-marang.
-Perkhidmatan Servis untuk pelanggan di dalam dan luar daerah, pelanggan boleh jugak datang kerumah saya bila-bila masa pelanggan terluang. tapi kene buat temujanji dahulu.
Terdapat pilihan PAKEJ PENGANTIN, bagi bakal-bakal pengantin mahupun yang menyukai pakej ini.
::Pakej terbahagi kepada 4 jenis :-

-Pakej A-ANGGUN- RM50-70
*atas tangan dan kuku tangan
-Pakej B-BERSERI- RM60-80

*atas tangan,tapak tangan dan kuku tangan
-Pakej C-CERIA-RM100-130

*atas tangan, tapak tangan, atas kaki, dan kuku tangan dan kaki
-Pakej D-DELIMA-RM130-170

*atas tangan ,tapak tangan ,atas kaki, keliling kaki dan kuku tangan dan kaki

***harga upah melukis inai bergantung kepada corak yang mahu dihasilkan.
-MUDAH / SIMPLE
-SEDERHANA / MEDIUM
-SUKAR / FULL
Selain dari Pakej untuk bakal pengantin, terdapat juga fun henna bagi pelangan yang menyukai lukisan inai.
buku koleksi ukiran inai disediakan. Setiap corak bebas dipilih dari Pakej hingga fun henna.

Tiada ulasan: