Jumaat, 11 November 2011

CONTOH-CONTOH LAKARAN INAI

ini adalah contoh-contoh lakaran inai... *Simple *Medium *Full  serta contoh warna selepas 2jam pakai inai... corak di atas tangan,kuku ,jari, tapak tangan dan atas kaki
SAYA MENGUNAKAN INAI POKOK (UNTUK DI KUKU)

sulaman benang












menerima tempahan menjahit
sulaman benang,reben dan manik
*selendang/tudung *baju dan sebagainya,,,,,,,

hubungi saya facebook: maziani saad (isziey henna n craft)
sms atau call untuk pertanyaan: 0197070049


crochet












crochet untuk dijual/ tempahan
pelbagai pilihan warna
saiz dan patern.
sila sms @call saya azie 0197070049
senarai crochet
*keychain
*sarung tisu
*sarung handset
*topi dan kasut baby
*aksesori wanita
dan banyak lagi
***akan datang = contoh-contoh gambar produk crochet

Sabtu, 6 Ogos 2011

pakej inai

Inai Perkahwinan

Untuk majlis AKAD NIKAH atau untuk PERSANDINGAN, saya amat menyukai inai dipasang diwaktu majlis pernikahan kerana, di majlis tersebut banyak bertumpu di bahagian tangan seperti membatalkan air sembahyang dan juga menyarungkan cincin.
Lukisan inai memang cantik dan boleh dilakukan pada atas tangan, tapak tangan, jari, kuku dan kaki. Terdapat pelbagai corak pilihan , sama ada berbentuk bunga, daun dan sebagainya. Saya mengambil contoh motif batik sebagai lukisan inai.

::Khidmat Pakej Inai Pengantin.
-Pakej ini sudah termasuk inai bagi sepasang tangan dan kuku.
-terdapat pilihan untuk dilukis, bahagian atas tangan dan bahagian atas kaki hingga kehujung jari.
:: Khidmat Fun henna.
- corak lukisan inai di lukis dibahagian atas atau tapak tangan (pilihan**).
- caj hanya untuk sebelah bahagian tangan sahaja.

Kebanyakan pekej pengantin memerlukan corak-corak yang agak teliti untuk dilangkarkan, dan saya amat menitik beratkan kualiti lukisan inai.
::PERKHIDMATAN MEMASANG INAI.
-Untuk pakej dan fun henna tidak ada masa-masa yg ditetapkan.
- Ini terpulang pelanggan menyesuaikan masa pada acara-acara yang disambut.
-kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana.
**Pelanggan yang menginginkan 'tambahan' extra persons dalam fun henna sila nyatakan jumlah nya. Syarat: 3 orang(sepasang tangan) @ 5 orang (sebelah tangan)
**Disediakan perkhidmatan rumah ke rumah. sekitar daerah ajil-jerangau, daerah kuala berang,wakaf tapai- bukit payung, kuala terengganu-marang.
-Perkhidmatan Servis untuk pelanggan di dalam dan luar daerah, pelanggan boleh jugak datang kerumah saya bila-bila masa pelanggan terluang. tapi kene buat temujanji dahulu.
Terdapat pilihan PAKEJ PENGANTIN, bagi bakal-bakal pengantin mahupun yang menyukai pakej ini.
::Pakej terbahagi kepada 4 jenis :-

-Pakej A-ANGGUN- RM50-70
*atas tangan dan kuku tangan
-Pakej B-BERSERI- RM60-80

*atas tangan,tapak tangan dan kuku tangan
-Pakej C-CERIA-RM100-130

*atas tangan, tapak tangan, atas kaki, dan kuku tangan dan kaki
-Pakej D-DELIMA-RM130-170

*atas tangan ,tapak tangan ,atas kaki, keliling kaki dan kuku tangan dan kaki

***harga upah melukis inai bergantung kepada corak yang mahu dihasilkan.
-MUDAH / SIMPLE
-SEDERHANA / MEDIUM
-SUKAR / FULL
Selain dari Pakej untuk bakal pengantin, terdapat juga fun henna bagi pelangan yang menyukai lukisan inai.
buku koleksi ukiran inai disediakan. Setiap corak bebas dipilih dari Pakej hingga fun henna.

Ukiran inai terengganu

UKIRAN INAI :PERHATIAN (sekitar terengganu SAHAJA)
-SAYA ingin mempromosikan perkhidmatan melukis inai untuk bakal pengantin atau untuk suka-suka/fun henna. Seni lukisan inai kini menjadi trend dikalangan bakal pengantin kerana keunikan dan keindahan ukirannya. Saya menceburi bidang ini sejak tahun 2006 lagi, membuat secara sambilan (kerjaya sampingan).
-Anda boleh memilih pelbagai corak dari buku koleksi ukiran inai atau di laptop saya. Saya turut mencipta corak mengikut (trend terkini) permintaan pelanggan. Jikalau anda berminat, anda boleh menghubungi saya di talian 014-6015449 untuk bertanya lebih lanjut atau membuat temujanji untuk melihat buku corak-corak inai yang ada di dalam koleksi saya atau mengikut permintaan anda.
-Saya menawarkan harga yang rendah & terbaik bagi mereka yang bakal melangsungkan hari bahagia. Nyatakan bajet anda dan saya akan mengusulkan corak yang bersesuaian. Saya tidak mementingkan keuntungan tapi apa yang saya inginkan ialah KEPUASAN apabila melihat tangan & kaki para pelanggan saya terhias cantik hasil dari ukiran saya.
salam mesra,
maziani @ aziey

SMS ; 014-6015449
tempahan; saya ke no h/p

Jika pelanggan ingin membuat tempahan atas pakej taip:-
- Alamat
- no. handphone
- Jenis Pakej (A/B/C/D).
- Jenis corak (simple/ medium / full)
- Tarikh / jam

Jika pelanggan ingin membuat tempahan atas fun henna taip:- - FUN HENNA BOOKING.
- Nama pelanggan.
- keramaian/jumlah
- tarikh / jam
- alamat
- no. handphone


Posted via Blogaway

contoh ukiran inai